Dalam beberapa entri sebelum ni kita dah share 7 KRITERIA hartanah yang kita kena consider sebelum beli rumah investment, tapi kita tak cerita lagi pasal jenis-jenis rumah untuk dibeli. So untuk first home buyer; anda agak-agak lagi baik beli undercon atau subsale (SS)?
Sebelum kita pergi ke detail, jom tengok dulu apa yang dimaksudkan dengan undercon dan SS ni; Rumah Undercon; atau nama panjangnya under construction, merujuk kepada hartanah yang masih belum 100% siap lagi. Biasanya bila beli rumah undercon ni, kita akan tengok contoh unit rumah tu di showroom projek tu sendiri; dengan anggaran berapa lama tempoh yang diperlukan untuk hartanah tersebut siap; boleh jadi bawah 5 tahun, boleh jadi lebih juga. Bila beli rumah undercon ni, pembeli akan berurusan secara direct dengan pemaju; di mana mereka boleh pilih jenis rumah macam mana yang pembeli inginkan. Contoh; satu projek ada 5 jenis unit yang berbeza saiz, kapasiti, jumlah bilik dan lain-lain; so kat sini pembeli boleh pilih jenis yang macam mana mereka perlukan. Kalau bekeluarga, cari yang luas dan banyak bilik pun orait. Kalau bujang, tak ada masalah pun kalau rumah anda ada satu, dua bilik je. So subsale ni apa pula? Subsale merujuk kepada rumah yang dah sedia siap, tak perlu tunggu bertahun-tahun untuk untung dan siap sebab rumahnya dah memang tersedia steady dan dijual secara direct oleh pemilik sebelumnya.
Beli hartanah ni bukan komitmen yang kecil; ia adalah pelaburan jangka masa panjang. Jadi memilih jenis hartanah yang betul dengan long term goal kita adalah penting, so sebelum nak beli rumah; jom tengok dulu apa yang baik dan kurang baik dengan kedua-dua rumah undercon dan subsale ni: Undercon Pro #1 – Kos lebih rendahSalah satu kelebihan undercon yang paling ketara adalah ia memakan kos yang lebih berpatutan daripada beli dari owner lama; kerana pembeli akan deal secara terus dengan pemaju, tak pakai mana-mana orang tengah, jadi kos hartanah akan jadi lebih murah. Undercon Pro #2 – Kurang sekatan Rumah undercon menawarkan lebih fleksibiliti dalam segi kita nak ubah suai ikut selera kita. Pembeli ada peluang untuk bekerjasama dengan pemaju untuk pilih layout, lekapan, kelengapan dan lain-lain. Hartanah undercon juga membolehkan kita custom mengikut spesifikasi yang pembeli inginkan. Undercon Con #1 – Kekurangan perlindungan undang-undangYang ni biasa kita dengar kalau kes dah habis duit beribu ringgit bayar rumah tapi tau-tau rumah terbengkalai, tak siap dan kena scam. Benda macam ni biasanya terjadi untuk pembeli undercon dan kurangnya inisiatif perlindungan undang-undang menjadikan ramai yang takut untuk beli rumah undercon. Antara contoh lain adalah rumah siap bertahun-tahun lebih lambat dari tahun yang sepatutnya siap atau pemaju kenakan kos tambahan untuk pembeli. Walau bagaimanapun, sesetengah pemaju dah memang sediakan jaminan atau polisi insurans yang boleh dimanfaatkan untuk melindungi pembeli daripada risiko tersebut. Undercon Con #2 – Kebarangkalian untuk pinjaman ditolak lebih tinggi Untuk dapatkan loan nak beli rumah undercon ni boleh jadi sedikit mencabar; terutamanya bila rumah tu masih belum siap dan akan ambil masa beberapa tahun lagi baru siap. Bank biasanya akan teragak-agak untuk beri loan untuk hartanah yang belum dibina atau masih dalam peringkat awal pembangunan. Maknanya pembeli mungkin perlu sediakan juga down payment yang lebih tinggi atau mungkin perlu tunggu hingga hartanah tu siap atau hampir disiapkan sebelum dapat pinjaman.
Subsale Pro #1 – Permohonan loan lebih mudah untuk lulusPembiayaan untuk rumah jenis ni biasanya lebih mudah dari rumah undercon. Bank lebih percaya untuk beri pinjaman kepada rumah yang dah tersedia dan dah siap kerana mereka mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang nilai hartanah tersebut dan analisis potensi risiko terhadap rumah yang kita nak beli tu. Subsale Pro #2 – Keselamatan dalam membeli Secara amnya, lebih selamat untuk beli rumah yang kita dah nampak depan mata kita; yang dah siap berbanding dengan yang masih dalam pembinaan. Tak bermakna yang semua rumah undercon akan end up jadi scam, tapi dari segi security dalam membeli; itu yang buat sesetengah orang pilih rumah jenis ini. Malah, pembeli boleh melakukan carian hak milik untuk pastikan hak milik harta tu jelas dan bebas dari sebarang bebanan. Subsale Con #1 – Kos lebih mahalKekurangannya, biasanya ia akan lebih mahal dari rumah undercon; ini kerana penjual boleh menambah premium pada harga hartanah, mencerminkan nilai pelaburan mereka dalam hartanah. Itu belum termasuk kos lain seperti yuran guaman, yuran pemindahan, duti setem yang akan dikenakan dengan cepat. Subsale Con #2 – Lebih banyak halanganHartanah jenis ini biasanya datang dengan lebih banyak halangan atau restriction. Pembeli mungkin mempunyai fleksibiliti semasa menyesuaikan hartanah, namun ada kes di mana pembeli perlu patuhi beberapa peraturan tertentu yang ditetapkan oleh pengurusan bangunan atau persatuan pemilik rumah (kerana cuba ingin ubah suai rumah yang dah sedia siap bertahun-tahun, jadi proses ubah suai tu mungkin akan datangkan banyak ketidak selesaan pada komuniti).
Lepas apa yang kita kongsi hari ni, adakah anda dah nampak sedikit ‘cahaya’ untuk pilih yang mana satu anda nak beli? Ini sebab last sekali, ia akan berbalik kepada anda punya keperluan peribadi dan keadaan kewangan anda juga. Bukan sebab pros dan cons ni saja, banyak lagi faktor lain yang akan pengaruhi pembelian kita; contohnya lokasi, supply dan demand, tempoh matang dan lain-lain. Yang ni kalau nak lebih detail, boleh rujuk balik bab 7 Kriteria sebelum ni Tapi apa pula pilihan FAR Cap? Di sini, kami tidak lagi invest untuk rumah dari owner sebelum; dan rumah yang dibeli oleh klien semuanya undercon. Kenapa? Kalau salah satu kelebihan rumah undercon adalah ia lebih murah, kami beli JAUH lagi murah daripada nilai pasaran rumah tersebut. Murah macam mana; sampaikan yang dulunya B40 pun sekarang boleh beli rumah dengan FAR Capital. Nak tahu macam mana FAR Capital boleh dapat deal power macam ni, boleh rujuk balik artikel INI. Kami juga menawarkan security penuh terhadap klien kami; yang mungkin menjadi kebimbangan sesetengah orang yang takut nak beli undercon. Takut kena scam, takut terbengkalai etc. Berminat nak beli rumah pertama dengan potongan harga lima angka? Jangan tunggu lagi, daftar dan belajar PERCUMA je! KLIK LINK INI SEKARANG